Ahad, 7 Februari 2010

Peranan ICT dalam Pendidikan

Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Komputer sesuai dijadikan alat untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan secara sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar. Untuk menegetahui lebih lanjut mengenai peranan ict dalam pendidikan layari URL ini.

http://www.scribd.com/doc/4762752/PERANAN-ICT-DALAM-PENDIDIKAN

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum..
    Memang tidak dinafikan bahasa penggunaan ICT mempunyai peranan yang besar dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah. Ini kerana, ia memenuhi stail pembelajaran para pelajar yang pelbagai dan merupakan alat bantu mengajar yang paling fleksibel dan boleh digunakan untuk semua mata pelajaran. Selain itu, ICT juga banyak membantu meningkatkan pengetahuan individu selain dapat memberi maklumat yang pelbagai kepada pelajar. Ianya juga dapat digunakan untuk menjana pengetahuan baru dalam kalangan pelajar dan juga guru.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum....
    pada pendapat saya, sememangnya ICT mempunyai peranan yang sgt besar kepada semua pelajar.Ini tidak dapat dinafikan apabila pembelajaran dan pengajaran melalui ICT banyak membentu pelajar untuk mendapatkan maklumat dan memudahkan mereka dalam urusan pembelajaran.

    BalasPadam
  3. Assamualaikum...
    Pada pandangan saya, penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah satu kaedah pengajaran yang berkesan dan bersesuaian dengan pendidikan masa kini.tetapi sebelum guru itu mahu menggunakan komputer dalam pengajarannya,guru tersebut perlu ada minat untuk menggunakan komputer.Guru juga perlu kreatif supaya kaedah pengajarannya itu dapat menarik minat pelajar terhadap pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran berbantukan komputer, hanya pelajar yang pandai sahaja lebih berminat dalam pengajaran guru tersebut.
    Walaupun pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini sesuatu yang baik untuk digunakan tetapi ia juga ada masalahnya. Antaranya, ada sesetengah guru yang tidak mahir dalam mengendalikan pembelajaran berbantukan komputer. ini disebabkan kurang latihan dan memerlukan masa yang agak lama untuk menyediakan bahan.
    Oleh itu, guru perlu menguasai konsep pengajaran berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut yang dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru.

    BalasPadam