subjek Sejarah merupakan mata pelajaran yang memboringkan..sebagaimana kita sedia maklum para pelajar berasa bosan kerana asyik-asyik ada perjanjian dan tarikh-tarikh penting yang perlu diingat..oleh itu sebagai guru sejarah mesti cari inisiatif lain bagi menarik minat para pelajar. Di sini saya sediakan URL :
http://myais.fsktm.um.edu.my/2595/1/J_Peny_Pen.pdf
Usrati
13 tahun yang lalu
pada pendapat saya terdapat pelbagai cara yang boleh guru-guru gunakan utk menjadikan subjek tu hidup. umpamanya subjek sejarah. seperti yang kita tahu bahawa subjek sejarah perlukan cara pengajaran jenis bercerita dan bukanya guru masuk dalam kelas dan bersyarah semata-mata. ini akan membosankan lagi P&P ketika itu.
BalasPadamapa yang jelas, cara bercerita sedikit sebanyak akan membuka lagi skop pemikiran pelajar-pelajar agar semasa guru mengajar pelajar tersebut akan turut bersama dalam 'alam penceritaan ' itu. secara tidak langsung pelajar akan paham apa yang cuba disampaikan oleh guru.
selain itu juga, guru sejarah boleh mencuba kaedah lakonan. dimana guru memberikan watak dan jalan cerita kepada pelajar supaya pelajar lakonkan watak tersebut berpandukan hasil bacaan yang diberi. sebagai contoh peristiwa bagaimana wujudnya negeri melaka dan pelembang. kaedah ini boleh dikatakan akan mendatangkan minat utk pelajar mengetahui cerita seterusnya.
selain itu, kaedah membuat nota juga penting. memandangkan sejarah merupakan satu cerita atau peristiwa, guru perlu melatih pelajar membuat peta minda, agar pelajar akan mudah fhm dengan hanya melihat kepada peta minda sahaja pelajar dapat mengetahui sesuatu peristiwa dengan jelas.
Assalamualaikum. Pada pendapat saya, memanglah subjek sejarah merupakan satu subjek yang membosankan. Dengan ini guru sejarah boleh mengaplikasikan kaedah komputer di dalam penerangan sesuatu topik. Guru boleh pasangkan vcd mengenai penceritaan dan lakonan sebenar tentang topik yang berkaitan. Berdasarkan vcd itu kita boleh terapkan satu kaedah P&P yang menarik. pelajar akan timbul perasaan ingin tahu akan kesudahan cerita tersebut dan secara tak langsung akan mengingati segala fakta mengenainya. Ekoran dari itu subjek sejarah bukan lagi satu subjek yang membosankan malah ia merupakan satu subjek yang memberangsangkan minat pelajar.
BalasPadamJurnal ini membincangkan tentang penggunaan ICT dikatakan mampu mengubah tanggapan negatif pelajar yang menyatakan Sejarah adalah satu subjek yang membosankan. Pada pendapat saya, selain daripada penggunaan ICT, guru boleh mencuba kaedah pembentangan dikalangan pelajar.Kaedah ini mampu mewujudkan suasana pembelajaran dua hala dimana pelajar akan menjadi aktif dan bersemangat melihat rakan-rakan sekelas melakukan pembentangan. Dari sudut penulisan nota pula, para pelajar hendaklah digalakkan untuk menulis nota secara peta minda supaya setiap fakta penting yang diajari mampu diingati oleh para pelajar.
BalasPadamSalam...menurut perspektif umum pelajaran sejarah merupakan mata pelajaran yang membosankan,kerana ia lebih mementingkan penghafalan fakta,bersifat naratif dan deskriptif.justeru itulah menurut pendapat saya tugas sebagai guru sejarah harus mempunyai sifat kreatif dan inovatif dan harus berani melakukan satu anjakan paradigma untuk menjadikan mata pelajaran sejarah lebih berkesan dan menarik.Salah satu caranya ialah dengan menggunakan kaedah pengajaran berbantukan ICT.
BalasPadamGuru sejarah harus membiasakan diri menggunakan teknologi ini agar pelajar akan lebih suka mengikuti pelajaran sejarah dengan penuh minat dan guru sendiri tidak lagi menjadi guru yang kaku dan terpinggir.